Berita Hari Ini

Harga Petrol Naik Satu Sen, Diesel Tidak Berubah

Harga petrol akan naik satu sen selepas tengah malam ini, manakala harga diesel pula kekal pada RM2.18 seliter.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata RON95 akan dijual pada harga RM1.98 seliter manakala RON97 pula pada harga RM2.28 seliter. Kedua-duanya naik satu sen daripada kadar minggu lalu.

Putrajaya telah mengembalikan sistem apungan harga minyak secara mingguan pada awal bulan lalu.

Bagaimanapun, jika harga minyak mentah naik, Putrajaya akan harga runcitnya dihadkan pada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

Pengekalan harga ini ditetapkan sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar yang akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");