Panasnya Hari Ini

Himpunan Raksasa Bakal Diadakan Jika Tiada Tindakan Tegas Kes Hina Nabi

KUALA LUMPUR – Himpunan raksasa akan diadakan jika tiada tindakan tegas oleh kerajaan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai yang memuatkan karikatur biadap menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda dalam laman media sosial.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, partinya sangat terkilan dan kesal dengan tindakan pihak polis membebaskan pemilik akaun Facebook tersebut dan langkah itu tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan umat Islam mengapa suspek dibebaskan dengan mudah.

Katanya, sebanyak 395 laporan polis telah dibuat di seluruh negara terhadap individu biadap tersebut dan dia disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun hanya direman selama tiga hari dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kerajaan Malaysia mesti tegas bertindak. Jaga agama Islam dan sensitiviti penganutnya. Jika kerajaan malas dan lembab bertindak, ia menyebabkan penghina agama ini makin berani dan nekad.

“Jika tiada tindakan tegas, rakyat pasti akan bangkit dan himpunan raksasa akan diadakan untuk mendesak kerajaan bertindak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Kata Nasrudin, mengikut fakta kes, tindakan individu biadap tersebut tidak wajar untuk dilepaskan.

Oleh itu, katanya Pas menuntut penjelasan daripada pihak berwajib bagi meredakan keresahan umat Islam.

“Ia satu provokasi yang jelas mengundang suasana buruk. Tindakan inidividu biadap tersebut sewajarnya dikenakan hukuman berat.

“Karikatur menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda tidak dapat dimaafkan oleh umat Islam di negara ini,” tambahnya.

Beliau turut membandingkan dengan kes seorang wanita yang menghina Nabi Muhammad pada tahun lalu dan disiasat di bawah Seksyen 298 dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM15,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");