Jenayah

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dilanggar

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di rumah panjang Tanjung Tokong di sini, pada Rabu.

Memetik laporan Astro Awani, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Annur Sumayyah Syabandi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, kejadian berlaku ketika pemandu wanita berusia 35 tahun itu dikatakan sedang mengundur kenderaannya, sejenis Proton Saga berwarna hitam.

Selain melanggar mangsa, kenderaan tersebut turut merempuh halaman sebuah rumah lain.

Ekoran kejadian itu, polis menahan pemandu wanita yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya di sini, untuk ujian saringan air kencing.

Che Zaimani berkata, polis turut mengambil keterangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan manakala kenderaannya dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, Che Zaimani meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");