Berita Hari Ini

Kerajaan Erdogan Ambil Alih Bank Kamal Ataturk

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bank terbesar negara itu Isbank yang sebahagiannya dimiliki parti pembangkang utama akan menjadi harta perbendaharaan, sekali gus menyebabkan saham bank terbabit menjunam.

“Dengan izin Tuhan, Isbank akan menjadi harta perbendaharaan. Parlimen akan membuat keputusan bersejarah ini atas izin Tuhan,” kata Erdogan kepada pembuat dasar parti pemerintah di parlimen, lapor BH Online.

Isbank atau nama penuhnya Turkish Is Bankasi ditubuhkan pada 1924 oleh pengasas republik Turki moden, Mustafa Kamal Ataturk.

Selepas kematian Ataturk pada 1938, saham beliau dipindahkan kepada parti pembangkang Parti Republikan Rakyat (CHP). CHP mempunyai 28 peratus kepentingan dalam Isbank dan melantik empat ahli lembaga pengarah bank itu.

Parti itu tegas membantah pemindahan saham Isbank kepada perbendaharaan dan menyelarnya sebagai strategi politik sebelum pilihan raya tempatan, Mac depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");