Sukan Hari Ini

Martial, Lingard Rehat 3 Minggu

PENYERANG Manchester United, Anthony Martial dan Jesse Lingard terpaksa diketepikan hingga tiga minggu kerana kecederaan dan terlepas dua aksi berikutnya menentang Chelsea dan Liverpool, menurut pengurus Ole Gunnar Solskjaer, hari ini.

Lingard dan Martial mengalami kecederaan otot pada babak pertama menentang Paris Saint-Germain bagi aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi kelmarin.

“Saya fikir mereka terpaksa berehat antara dua hingga tiga minggu,” kata Solskjaer pada sidang akhbar menjelang aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang juara bertahan, Chelsea, Isnin ini, lapor Harian Metro.

Kecederaan itu satu tamparan buat United, yang menang 10 daripada 12 perlawanan di bawah kendalian bos sementara Solskjaer, namun ia memberi peluang kepada penyerang Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku untuk menemui semula sentuhan jaringan mereka.

Solskjaer berkata, ia juga membuka pintu buat pemain muda Angel Gomes dan Tahith Chong, yang berusaha menempatkan diri dalam pasukan utama musim ini.

“Ia peluang buat setiap pemain yang beraksi sama ada Alexis, Romelu atau Angel (Gomes),” jelas jurulatih dari Norway itu.

“Anthony dan Jesse bertindak baik buat kami, mereka penting tapi sekali lagi dengan Rom dan Alexis, mereka mempunyai kemahiran berbeza dan berupaya membuktikan apa yang mereka boleh lakukan.

“Kami masih mempunyai pilihan serangan tapi Angel dan Chong sudah berlatih dengan kami sepanjang minggu, jadi peluang mereka amat besar untuk turut terbabit.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");