Berita Hari Ini

Marzuki Tunjuk Bukti Kelayakan Akedemik

“Saya mendapat kelulusan dari Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat dan bukannya University of Cambridge,” demikian tegas, Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator Datuk Marzuki bin Yahya menerusi kenyataan media berkaitan isu pendidikannya yang menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Menurut beliau, terdapat pihak yang seolah-olah cuba membuat fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan bahawa beliau tidak bercakap benar.

“Mereka mendakwa di Wikipedia tertulis saya mendapat pendidikan dari University of Cambridge sedangkan universiti tersebut tidak menawarkan kursus Bachelor of Business Administration in Logictics dan tidak menawarkan program pengajian secara jarak jauh.

“Sepertimana yang kita sedia maklum, sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat ke dalam laman web Wikipedia.

“Ianya juga boleh diedit oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Sejujurnya saya tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan saya di dalam Wikipedia. Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk melakukannya.

Tambah Marzuki lagi, sebelum ini perkara itu telah dinyatakan dengan jelas berkaitan kelayakan akedemiknya namun ia masih lagi diputarbelitkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Menjawab dakwaan yang dilemparkan, tambah Marzuki, beliau tidak pernah berniat untuk menggunakan kelayakan akademik yang ada bagi mengelirukan sesiapa.

Ini kerana katanya, niat asal pengajiannya pada 17 tahun dahulu adalah untuk menimba ilmu dalam bidang perniagaan diceburi.

“Ketika itu tidak pernah terlintas di hati saya bahawa suatu hari nanti saya akan berada pada kedudukan hari ini sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan.

“Saya langsung tidak pernah berniat untuk menggambarkan seolah-olah saya mendapat pendidikan di University of Cambridge.

“Saya memulakan pengajian jarak jauh bersama CIU pada sekitar tahun 2002, iaitu 17 tahun dahulu. Ketika itu saya sedang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkapalan dan lojistik milik sendiri di Pulau Pinang.

“Niat saya ketika itu ialah untuk menimba ilmu kontemporari dan terkini mengenai industri perkapalan dan lojistik di negara maju, termasuklah di Amerika Syarikat.

Jelas beliau lagi, ketika melanjutkan pelajaran di CIU harapannya adalah agar ilmu yang diperolehi akan dapat membantu mengembang dan memajukan perniagaan perkapalan yang diusahakan.

“Sewaktu mengikuti pengajian, selain beberapa subjek asas, saya mengambil subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang perkapalan dan lojistik iaitu Pengurusan Lojistik I; Pengurusan Lojistik II; Pegurusan Kawalan Stok; Pengurusan Rantaian Bekalan dan; Pengurusan Strategik. Saya sertakan transkrip dari CIU untuk rujukan. Semasa mengikuti pengajian, saya menyiapkan tugasan-tugasan untuk subjek-subjek yang diambil sepertimana yang diminta oleh universiti.

“Sewaktu saya memulakan kursus pada sekitar tahun 2002 dan mendapat kelulusan pada tahun 2005, masyarakat Malaysia dan juga masyarakat dunia masih belum membincangkan tentang akreditasi universiti secara meluas. Bahkan, pada ketika itu masih belum ada sistem ranking universiti yang terkenal dan tersusun seperti pada hari ini. Pada masa itu juga masih belum ada senarai universiti yang dikatakan sebagai “bogus university”,” katanya lagi.

Justeru beliau berharap, penjelasan yang dibuat kali ini dapat merungkai persoalan mengenai kelayakan akedemiknya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");