Perak Hari Ini

Masuk Percuma Esok – Presiden PAFA

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menjemput semua penyokong sukan bola sepak negeri untuk menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di antara skuad Perak menentang Kedah, malam esok.

Justeru, Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan bahawa kemasukan ke Stadium Perak pada jam 9 malam itu adalah percuma.

“Bagi pihak PAFA, saya menjemput semua penyokong Perak, juara Piala Malaysia 2018, untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Perak esok, bagi memberi sokongan kepada mereka.

“Masuk adalah percuma. Dapatkan tiket di luar stadium,” katanya menerusi satu video yang berdurasi seminit.

Untuk rekod, pasukan Johor Darul Takzim telah berjaya menundukkan Skuad The Bos Gaurus 1-0 dalam aksi pertama Liga Super bagi merebut Piala Sumbangsih, di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, minggu lalu.

Skuad Lang Merah yang kini berada pada kedudukan kedua carta liga pula telah berjaya menewaskan PKNP FC 2-0 ketika beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, pada Sabtu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");