Perak Hari Ini

MB Perak Zahir Dukacita Pemergian Datuk Mohamed Redzuan Khusairi

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Orang Kaya Kaya Dato Shahbandar Paduka, Datuk Mohamed Redzuan Khusairi, yang menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, walaupun tidak berkesempatan bekerjasama dengan Allahyarham dalam tempoh yang lama, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai kehilangan sebutir permata yang amat bernilai bagi negeri.

Malah, kata Ahmad Faizal negara juga akan turut berasa kehilangan atas pemergian seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada nusa dan bangsa.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dikumpulkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Moga-moga, jasa bakti beliau untuk Negeri Perak dan tanah air tercinta ini, akan dikurniakan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak,” katanya.

Allahyarham Mohamed Redzuan dilahirkan pada 12 September 1949 di Taiping dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dan Sejarah

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai duta dan diplomat negara dari tahun 1972 hingga 1996.

Antara khidmat beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut adalah Setiausaha Kedua ke Moscow, Rusia, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Pesuruhjaya ke Ethiopia, dan Setiausaha Kehormat/Pengerusi Chancery ke Washington D.C Amerika Syarikat.

Mohamed Redzuan juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas kepada Kementerian Luar Negeri di bawah mantan Menteri Luar Negeri, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen.

Pada tahun 1994, beliau pernah ditugaskan ke Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, yang juga sebagai duta untuk Republik Kyrgyz.

Selain itu, Mohamed Redzuan adalah Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia, Timbalan Pengerusi Kumpulan Penggubal Dasar Antarabangsa serta Timbalan Setiausaha Kehormat, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");