Membawang Hari Ini

DJ Lin Kurang Oksigen, Masuk Wad

PENYAMPAI radio, DJ Lin, kini masih dirawat di hospital di ibu negara selepas dimasukkan ke wad pada Selasa lalu akibat kekurangan oksigen dalam badan.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44, ketika dihubungi berkata, sakit itu berpunca daripada kurang rehat dan terlalu aktif.

“Selepas dirawat, doktor meminta saya supaya banyakkan berehat kerana menurutnya, badan kurang rehat dan mungkin terlalu aktif.

“Kerana kekurangan oksigen itu, badan saya jadi lemah dan pandangan pun jadi gelap,” katanya kepada Harian Metro.

Pengendali program popular, Suria Cinta di Suria FM itu juga memberitahu dia menerima rawatan sewajarnya sepanjang berada di hospital.

“Doktor memasukkan 12 botol air ke dalam badan saya dan juga antibiotik. Insya-Allah, saya akan kembali sihat seperti biasa,” katanya.

Lin juga memaklumkan bahawa dia akan kembali bekerja seperti biasa menjelang Isnin.

“Kalau semuanya dalam keadaan baik, insya-Allah, saya akan kembali bekerja menjelang Isnin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");