Berita Hari Ini

Muhyiddin Nafi 142 Kanak-kanak Ditahan Bawah Poca

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menafikan polis sebelum ini menahan 142 kanak-kanak dan juvana tanpa bicara bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

Dalam kenyataan hari ini, beliau memberikan statistik dan menjelaskan 142 tahanan itu merujuk kepada keseluruhan tahanan berusia bawah 18 tahun yang ditahan polis antara 2015 dan 2017.

“Jumlah 142 orang merangkumi 25 yang direman bagi siasatan lanjut, 18 yang telah dibebaskan, 87 yang telah dikenakan sekatan manakala baki 12 lagi telah ditahan di pusat pemulihan khas.

“Ini menunjukkan tidak semua individu bawah umur yang ditangkap polis akan dikenakan perintah tahanan atau perintah pengawasan polis di bawah Poca. Setiap individu yang ditangkap akan melalui proses siasatan mendalam,” katanya.

Terdahulu, NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa polis telah menyalahgunakan kuasa atau “malas” apabila menggunakan Poca terhadap mereka di bawah umur.

Muhyiddin kemudian menjelaskan prosedur penahanan melibatkan beberapa tahap.

“Jika terdapat bukti keterlibatan dalam aktiviti yang boleh diambil tindakan di bawah Poca, permohonan reman lanjutan akan dibuat di mahkamah dan proses inkuiri oleh pegawai siasatan KDN akan bermula.

“Hasil daripada inkuiri, pegawai siasatan KDN akan mengemukakan laporan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ). LPJ akan membuat penilaian berdasarkan laporan pegawai siasatan itu dan kertas siasatan polis sebelum membuat keputusan sama ada dikenakan perintah pengawasan polis, perintah tahanan atau dibebaskan,” katanya lagi.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");