Membawang Hari Ini

Nabila Rimas ‘Bossku’

DEK kerana memuat naik status mahu orang ramai berhenti menyebut perkataan ‘bossku’ dan ‘malu apa bossku’ di Insta story Instagram (IG) miliknya baru-baru ini, pelakon Nabila Huda teruk dihentam oleh netizen.

Rata-rata mereka meluahkan rasa marah dan kesal kerana Nabila seperti menghina orang Sabah.

Menurut mereka, ayat berkenaan sudah lama digunakan di Sabah dan baru kini popular di Semenanjung Malaysia.

Berikutan itu, beberapa gambar yang dimuat naik di IG Nabila teruk dihentam netizen dan rata-rata bersetuju menyatakan bahawa perkataan itu sering digunakan di Sabah.

Bagi mereka, Nabila sebagai artis seharusnya lebih peka terhadap perkataan seperti itu sebelum memuat naik status mengecam sesuatu perkataan.

Pun begitu, Nabila turut membalas komen berkenaan dengan menyatakan dia tiada niat hendak mengutuk orang Sabah malah tidak tahu pun perkataan itu berasal dari mana.

“Ya Allah, apa ni saya bukan kutuk orang Sabah la. Apa ni kena bebel pulak. Orang kat KL (Kuala Lumpur) ni pakai ayat tu yang bunyi ‘annoying’ gila.

“Semua benda guna ayat tu, sumpah saya sendiri tak tahu ayat tu dah lama dari Sabah. Relaks, saya tak kutuk pun orang Sabah,” tulisnya.

Namun begitu, komen balas Nabila tidak melegakan hati netizen sebaliknya ramai yang meninggalkan komen negatif sehingga mahu memboikot Nabila pula.

Terdahulu, Nabila memuat naik status berkenaan dalam nada berseloroh kerana baginya perkataan itu kurang senang didengari.

Baginya, perkataan berkenaan sama seperti orang menyebut perkataan ‘retis’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");