Panasnya Hari Ini

PAS Beri Penjelasan Gugur Saman Sarawak Report Pada 11 Februari

KUALA TERENGGANU: PAS hanya akan mengeluarkan kenyataan berkaitan keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan menyelesaikannya di luar mahkamah, pada 11 Februari ini.

Sumber PAS berkata, buat masa ini tiada kenyataan akan dikeluarkan termasuk daripada Abdul Hadi sendiri sehingga mesyuarat di peringkat pusat diadakan.

“Tunggu sehingga 11 haribulan ini… akan ada kenyataan dikeluarkan berkaitan keputusan Presiden (Abdul Hadi) berkenaan kes saman terhadap Sarawak Report.

“Kenyataan itu akan dikeluarkan sebaik selesai mesyuarat PAS,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Sumber itu berkata, Abdul Hadi juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan media berkaitan perkara itu buat masa ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Abdul Hadi membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Clare Rewcastle Brown.

Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi London dan disahkan Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, dalam satu kenyataan dikeluarkan.

“Abdul Hadi membuat ketetapan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap defendan, manakala Rewcastle Brown turut menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.

“Turut dipersetujui ialah tiada perintah berkenaan kos dan kedua-dua pihak tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma berkaitan penyelesaian ini,” katanya.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi daripada firma Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injunksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’.

Pada 1 Mei tahun lalu, peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud, dilaporkan berkata, Abdul Hadi memenangi semua lima permohonan interlokutori dalam kes saman fitnah terhadap Rewcastle Brown.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");