Jenayah

Pemandu Putus Tangan Kanan

BELURAN: Pemandu pacuan empat roda putus tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 66, Jalan Beluran-Telupid, petang Isnin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang, lelaki berusia 33 tahun itu parah dan dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan, berkata kenderaan jenis Toyota Vigo yang dipandu mangsa datang dari arah Sandakan disyaki masuk ke lorong sebelah sebelum merempuh sebuah lori yang datang dari arah Telupid.

“Pemandu lori lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun pemandu pacuan empat roda itu dilaporkan putus tangan,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");