Sukan Hari Ini

Penalti Lewat Safiq Kekang Pahang

SEPAKAN penalti Safiq Rahim seminit sebelum tamat membantu Melaka United mengikat Pahang 1-1 pada aksi Liga Super di laman sendiri, malam tadi.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, pelawat terlebih dulu menggamamkan Stadium Hang Jebat apabila membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pemain Perancis, Herold Goulon yang menewaskan penjaga gol Khairul Fahmy Che Mat.

Nasib bagaikan berubah buat tuan rumah apabila Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 10 minit terakhir apabila Nor Azam Azih dibuang padang susulan kad kuning kedua.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan untuk mengasak lawan dan akhirnya mereka mendapat sepakan penalti pada minit ke-89.

Patrick Reichert dijatuhkan pertahanan Tok Gajah dan Safiq, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), tenang mengatasi Helmi Eliza Elias bagi menyamakan kedudukan sekali gus melegaskan peminat di Paya Rumput.

Perlawanan itu menarik perhatian ramai apabila Zainal berdepan rakan karibnya Dollah Salleh yang mengemudi Pahang.

Keputusan itu juga membolehkan Melaka menghuni tangga keempat di belakang pendahulu Kedah, Pahang dan JDT dengan masing-masing mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan. Hanya perbezaan gol menjarakkan kedudukan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");