Berita Hari Ini

Penduduk Bingung DBKL Tak Bertindak Terhadap Kedai-kedai Haram

KUALA LUMPUR: Penduduk di satu kawasan perumahan di Jalan Ipoh mengadu pihak berkuasa tidak bertindak terhadap pemilik-pemilik rumah yang secara haram mengubahsuai kediaman kepada premis perniagaan, menyebabkan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas.

Seorang penduduk, Avinash memberi contoh 2 rumah yang diubahsuai menjadi bengkel dan restoran di Batu 3.

Beliau berkata perniagaan berjalan seperti biasa walaupun selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan notis.

“Saya pernah membuat aduan kepada DBKL mengenai 2 kedai itu.

“Pada 2016, bengkel beroperasi dengan permit tapi kemudian permit itu dibatalkan. Mereka dapat kembali permit pada 2017. DBKL memberitahu merka pun terkejut bagaimana bengkel itu dibenarkan beroperasi semula,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata pihak berkuasa pernah mengarahkan restoran di situ menghentikan operasinya.

“Restoran itu mula 6 bulan lepas, dan diarah tutup oleh DBKL kerana berniaga secara haram. Tetapi perniagaan masih berjalan,” katanya.

Beliau berkata banyak kereta diletakkan secara haram di kawasan perumahan itu.

“Sangat teruk terutama di waktu puncak. Macam mana kami nak bertolak ansur lagi?” katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Alan tertanya bagaimana perniagaan-perniagaan itu mendapat lesen, kerana pertama sekali unit perumahan mesti mendapat kebenaran sebelum boleh digunakan untuk tujuan perdagangan.

Avinah berkata usaha mendesak DBKL bertindak tidak membuahkan hasil.

“Mereka asyik kata sedang siasat,” tambahnya.

Beliau berharap datuk bandar Kuala Lumpur yang baru akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perniagaan-perniagaan haram.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Batu, M Prabakaran berjanji akan menarik perhatian pihak berkuasa kepada isu itu.

“Kedai-kedai ini haram dan saya akan siasat.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");