Berita Hari Ini

Waspada Artikel Laman Beragenda, Maszlee Seru Rakyat Semak Maklumat

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik menasihatkan rakyat supaya berwaspada dengan artikel daripada laman-laman beragenda selepas pihaknya mengesan 2 artikel meragukan di internet.

Beliau mengulas artikel mengenai dakwaan pembatalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan artikel mengenai pembekuan pertukaran dalaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah yang disiarkan 2 laman web.

Mengenai isu RMT, Maszlee menegaskan skim bantuan makanan untuk pelajar miskin itu masih diteruskan di sekolah-sekolah, dan peruntukan untuknya bagi 2019 tidak pernah dihentikan atau dikurangkan. Beliau maklum artikel itu berdasarkan status seorang ibu tunggal di Facebook semalam.

“Status tersebut telah dipadamkan setelah pemiliknya mendapati status itu dimanipulasi untuk kepentingan politik portal tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mengenai isu pembekuan pertukaran di JPN dan PPD, Maszle tertanya mengapa laman tersebut memuat naik artikel bertarikh 11 Jun 2018.

“Apakah agenda portal ini memuat naik semula berita lama yang bertarikh lebih dari 8 bulan yang lalu?” katanya.

Maszlee menggesa orang ramai supaya menghargai kebebasan maklumat hari ini dengan menyemak sebarang maklumat yang disiarkan laman-laman beragenda.

“Kebebasan yang kita nikmati hari ini hasil dari perjuangan kita semua, dan seharusnya tidak digunakan sesuka hati untuk membuat fitnah dan memburuk keadaan dengan mengeluarkan berita yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");