Membawang Hari Ini
Like

Sejak Jadi Banduan, Ahmad Dhani Kini Lebih Matang

February 12, 2019
614 Views
0 Comments
1 minute read
Sejak Jadi Banduan, Ahmad Dhani Kini Lebih Matang

Tidak sampai sebulan di penjara, pengasas kumpulan Dewa 19 Ahmad Dhani mula mempamerkan perubahan sikap yang positif.

Menurut peguamnya Ali Lubis, perubahan itu ditunjukkan dalam sikap dan juga pertuturannya.

“Perubahan sikapnya lebih bijak dan bahasa yang digunakan lebih dewasa. Lebih tu maksudnya, sekarang banyak berfikir. Kata-katanya lebih teratur,” katanya seperti dipetik Tribunnews.

Pada 28 Januari lalu, pemuzik terkenal itu dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh mahkamah di Indonesia selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Hakim Mahkamah Jakarta Selatan Ratmoho dalam keputusannya berkata, Ahmad Dhani terbukti menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan menerusi ciapan di akaun twitternya, @AHMADDHANIPRAST.

Dia kini mejalani hukuman di Penjara Cipinang, Jawa Timur.

Laporan Tribunnews juga memetik kata-kata bekas isterinya Maia Estianty yang memendekkan percutiannya di luar negara untuk bersama tiga anak lelakinya.

“Saatnya pulang, menyokong anak-anak,” katanya.

Dia juga memuat naik kata-kata yang mengundang perhatian netizen.

“Maafkan orang yang telah menyakitimu karena kedamaian bukan milik mereka yang pendendam dan pembenci.

“Apakah kamu tidak ingin Allah juga mengampunimu?” katanya tanpa merujuk mana-mana pihak secara khusus.

Ahmad Dhani berkahwin dengan Maia pada 1996 dan bercerai selepas 12 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan tiga anak – Ahmad Al Ghazali, 21, Ahmad El Jallaludin Rumi, 19, dan Abdul Qodir Jaelani, 18.

Penyanyi Aku Sedang Ingin Bercinta itu kemudian berkahwin dengan Mulan Jameela – yang pernah bersama-sama Maia dalam kumpulan Ratu – pada 2009.

Mereka dikurniakan dua anak, iaitu Safeea, 7, dan Ahmad Syailendra Aerlangga, 2 tahun.-Mkini

Komen & Pendapat

Comments are closed.