Berita Hari Ini

Sengaja Dakwa Ada Rombakan Kabinet Untuk Cetus Ketegangan Dalam PH – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina sebagai isu sengaja dihangatkan pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR itu berkata perkara terbabit juga sudah dinafikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri hari ini.

“Tun (Dr) Mahathir pun dah jelaskan tidak perlu layan khabar angin ini, saya pun ada berjumpa dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas pembedahan.

“Keadaan semua baik, perkara ini tidak berbangkit pun oleh sesiapa. Ia sengaja dihangatkan untuk menimbulkan ketegangan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat di sini, malam ini.

Anwar berkata demikian mengulas tulisan sebuah blog dua hari lalu, mendakwa Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu selepas Tahun Baharu Cina.

Menerusi catatan blog itu juga, desas-desus pelantikan Mohamed Azmin itu dikuatkan lagi apabila Dr Mahathir memberikan pelbagai tugasan penting kepada Mohamed Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");