Sukan Hari Ini

Solskjaer Pengurus Terbaik Januari

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer diumumkan sebagai pengurus Liga Perdana Inggeris terbaik Januari, sekali gus menjadi pengendali Manchester United pertama memenangi anugerah berkenaan selepas Alex Ferguson.

Wira kejuaraan treble tahun 1999 itu memenangi sembilan daripada 10 perlawanan pertamanya dalam semua pertandingan sejak mengambil alih pasukan, dengan United mengumpul 10 daripada 12 mata ditawarkan dalam saingan Liga Perdana sepanjang bulan lalu.

Prestasi memberangsangkan itu menyaksikan dia dinobatkan pengurus terbaik Januari, mengatasi pengendali Southampton Ralph Hasenhuttle dan Sean Dyche dari Southampton.

Ini adalah kali pertama pengendali United memenangi anugerah berkenaan sejak Ferguson menerimanya pada Oktober 2012 – musim terakhirnya yang diakhiri dengan mahkota Liga Perdana.

“Ia pencapaian yang hebat. Pujian harus diberikan pasukan – mereka yang melakukannya,” kata Solskjaer ketika ditanya berkenaan permulaan cemerlangnya di United, lapor BH Online.

“Tetapi saya tidak memandang ke belakang dan berbangga dengannya, itu bukan cara saya. Saya sentiasa memandang ke depan dan tidak akan duduk sebelum satu-satu babak selesai.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");