Berita Hari Ini

Tekanan Politik Dari AS Naikkan Harga Minyak Dunia

SINGAPURA: Harga minyak naik pada Rabu selepas laporan penurunan inventori mentah Amerika Syarikat (AS) dan berikutan pengeluar dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) masih kekal dengan pendirian untuk memotong bekalan meskipun ada tekanan daripada Presiden AS, Donald Trump.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$55.89 setong pada 0755 GMT, naik 39 sen, atau 0.7 peratus, daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$65.48 setong, meningkat 27 sen, atau 0.4 peratus daripada penutup sebelumnya.

Inventori minyak mentah AS jatuh sebanyak 4.2 juta tong pada minggu ini hingga 22 Februari, kepada 444.3 juta tong, demikian mengikut jangkaan Institut Petroleum Amerika (API), menerusi laporan mingguannya, semalam.

Data rasmi dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) selepas 1800 GMT pada Rabu.

Pasaran minyak secara amnya mendapat sokongan tahun ini daripada bekalan oleh OPEC, bersama pengeluar bukan bersekutu seperti Russia, untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong setiap hari (bpd) bagi membantu menaikkan harga.

Kumpulan berkenaan terus berusaha untuk menahan bekalan meskipun menghadapi tekanan daripada Trump.

“Niaga hadapan minyak mentah melonjak berikutan anggota OPEC masih berpendirian sama mengenai pemotongan pengeluaran seperti yang dirancangkan sebelum ini, walaupun menerima tekanan politik daripada Trump, pada awal minggu ini,” kata Benjamin Lu, broker Phillip Futures yang berpangkalan di Singapura.

Trump pada Isnin lalu menyatakan harga minyak menjadi terlalu tinggi bagi ekonomi global dan meminta OPEC melonggarkan syarat pemotongan bekalan.

-REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");