Jenayah

3 Individu Akan Dipanggil Beri Keterangan Himpunan Women’s March

KUALA LUMPUR – Tiga lagi individu akan dipanggil untuk memberikan keterangan berkaitan himpunan Women’s March di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Himpunan tersebut disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita termasuk kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan orang ramai.

Menurut Kosmo Online, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, enam individu termasuk penganjur telah dipanggil sebelum ini untuk memberikan kenyataan.

“Ketiga-tiga individu itu akan hadir untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin ini.

“Kita mahu kes ini diselesaikan dengan segera dan sebab itu kita panggil mereka untuk memberikan keterangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");