Perak Hari Ini

Atlet Muda Tenis Perak Dirai

IPOH- Para atlet muda bagi sukan tenis di negeri ini dirai dalam satu majlis tertutup di Royal Perak Club di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How Lee hadir bagi menyampaikan beberapa anugerah kepada para atlet yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA 2018) serta para atlet yang turut memberi sumbangan besar kepada negeri Perak.

Katanya, pada tahun 2016 dan 2018, sukan tenis bukanlah satu sukan wajib ataupun sukan pilihan kepada peserta namun negeri Perak mampu memberikan sinar kepada sukan ini.

Beliau berkata demikian semasa ucaptama dalam satu Majlis Anugerah Excel Tenis Negeri Perak 2018 di Royal Perak Club disamping pelancaran Sukan Perak (SUPER 2019) di sini hari ini.

Selain itu katanya juga, biasanya persatuan-persatuan datang untuk memohon dana kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN), tetapi hari ini beliau dijemput untuk menyerahkan sumbangan kepada bintang-bintang tenis.

“Saya melihat komitmen setiap orang dalam merealisikan sukan ini.

“Namun, bagi yang mendapatkan sumbangan dari kerajaan negeri, jika berlaku pengurangan dana tetapi tetap ada usaha, itulah salah satu perkara yang perlu dibanggakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Seramai 10 orang atlet yang mewakili SUKMA pada tahun lalu telah menerima anugerah disamping penyerahan anugerah khas kepada lima orang atlet muda yang telah mewarnai sukan tenis di negeri ini.

Dalam pada itu, seramai dua orang jurulatih turut diraikan dalam majlis tersebut kerana telah melahirkan bintang tenis yang mampu membanggakan negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");