Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat.

“Bagi pelajar yang telah mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan mula dikreditkan hari ini ke akaun masing-masing manakala untuk pelajar yang belum memilikinya, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April ini.

“Tarikh tutup permohonan BPPT adalah pada 31 Mei 2019 manakala tarikh akhir pengambilan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat pada 31 Julai 2019,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

Sekiranya semakan status ‘TIADA REKOD’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing.

Ini adalah bagi mengemas kini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta) / penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April

Untuk maklumat lanjut, pelajar IPT boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberian
BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal KPM di alamat https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis-panduan-bppt2019.

BPPT diperkenalkan untuk menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebagai inisiatif mengurangkan beban kewangan mahasiswa. – K! ONLINE