Panasnya Hari Ini

Elak Keluar Kenyataan Jejas Perpaduan – Tian Chua

SEREMBAN: Naib Presiden PKR, Tian Chua mengingatkan pemimpin politik supaya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengandungi sentimen perkauman dan mampu menjejaskan perpaduan antara kaum di negara ini.

Katanya, semua pihak harus sensitif serta menghormati rakyat berbilang kaum dan berhati-hati jika mahu mengeluarkan kenyataan.

“Bagi saya, pimpinan politik seharusnya lebih menjaga ucapan yang boleh menjejaskan keamanan dan perpaduan antara kaum,” katanya ketika ditemui Rantau di sini, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, tragedi serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch, New Zealand, paling tidak dapat diterima dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara sekali pun.

“Kita di negara berbilang bangsa harus sentiasa menghormati kaum dan agama lain yang ada di negara ini,” katanya.

Mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa boleh mencetuskan sentimen perkauman, Tian Chua berkata, kenyataan itu tidak tepat kerana kerjasama antara politik adalah lumrah di negara ini.

“Bagi saya, kerjasama antara parti politik dalam pilihan raya adalah lumrah sejak dahulu lagi dan ia bukan isu yang patut diperbesarkan.

“Yang penting adalah menjaga perpaduan antara parti politik dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang berbilang kaum ini. Ini lebih utama.

“Soal saingan politik yang bergabung, itu hak mereka. Yang penting kita teruskan kerja dan jalankan tugas yang diamanahkan tanpa gejala rasuah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");