Sukan Hari Ini

Hajat Siti Zalina Tidak Kesampaian

Atlet boling padang, Siti Zalina Ahmad terkandas di separuh akhir Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2019 yang berlangsung di Australia.

Dia terpaksa akur kepada juara bertahan, Lucy Beere dari Guernsey dengan keputusan 4-10, 6-8 dalam aksi separuh akhir di Warilla Bowls & Recreation Club sebentar tadi.

Ia menyaksikan atlet berpengalaman negara itu gagal menukar warna pingat dan pulang dengan gangsa bagi menyamai pencapaiannya pada edisi 2014.

Terdahulu pada peringkat kumpulan, Siti Zalina cemerlang menjuarai Section 1 untuk menempah tiket automatik ke separuh akhir.

Juara edisi 2015 itu menewaskan tujuh pencabar lain dalam Section 1 dan hanya tewas kepada lawan dari Scotland dan Fiji memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");