Berita Hari Ini

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak Meninggal Dunia

IPOH – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa, 52, menghembuskan nafas terakhir di Madinah pada jam 12.30 malam tadi (waktu Madinah).

Khabar pemergian beliau dimaklumkan rakan dan ahli keluarga yang berada di sana, awal pagi tadi.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Allahyarham berada di Madinah sejak minggu lalu bersama ahli keluarganya untuk menunaikan umrah dan menghadiri konvokesyen anak sulungnya di sebuah universi di situ.

Menurutnya, mereka belum menerima maklumat lanjut berhubung kejadian itu, namun Allahyarham sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung.

“Allahyarham akan dikebumikan di sana dan Pas Perak akan menganjurkan bacaan Yasin serta solat ghaib hari ini, sebaik urusan di sana selesai,” katanya keka dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham.

Katanya, keka hayatnya, sumbangan dan komitmen bersama Pas adalah sangat tinggi untuk memperjuangkan Islam.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarganya,” katanya.

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban akf dalam misi kemanusiaan di Gaza, Acheh, Lubnan dan Kashmir menerusi Muslim Care Malaysia.

Beliau juga pernah dilank menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak sekitar 2008-2010.

Pada PRU14 lalu, beliau menjadi calon Pas bagi kerusi Parlimen Tapah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");