Membawang Hari Ini

Hidung Kerap Berdarah, Achey Disaran Ikhtiar Rawatan Alternatif

KUALA LUMPUR: Pelawak, Achey tidak menolak kemungkinan, tekanan kerja dan kurang rehat turut menjadi antara faktor yang menyebabkan dia sering mengalami pendarahan hidung.

Achey berkata, kejadian itu kerap berlaku apabila kepenatan selepas seharian bekerja, membuatkan dia terpaksa pulang kampung untuk mendapatkan rawatan.

“Saya pulang ke kampung selama sebulan untuk berubat dengan seorang rakan yang juga doktor. Saya dimaklumkan, hidung saya bengkok dan saraf sebelah kiri membengkak kerana pernah terjatuh motosikal.

“Sepanjang berada di kampung, saya tidak pula mengalami masalah itu. Saya juga cuba melakukan kerja berat sebagai eksperimen, tetapi Alhamdulillah, tiada masalah.

“Mungkin tekanan kerja membuatkan pendarahan hidung kerap berlaku. Ada juga yang mencadangkan supaya saya mendapatkan rawatan alternatif sebagai ikhtiar,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Ahli kumpulan Bocey itu juga bersyukur, peminat yang pernah mengalami masalah sama turut berkongsi pengalaman mereka.

Katanya, mereka memaklumkan, kurang rehat dan tidur tidak cukup serta hidung luka sebagai punca masalah yang dialaminya sering berulang.

“Ada juga yang mencadangkan saya mendapatkan rawatan alternatif, bimbang jika saya menjadi mangsa ilmu hitam. Terkejut juga kerana saya tidak pernah terfikir perkara itu,” katanya.

Bercerita perkembangan terkini, di samping meneruskan kerjaya seni, Achey dan isteri, Norhasanah Yahaya atau Anne turut rancak mengusahakan perniagaan sate goreng sejuk beku dibantu kelab peminatnya.

“Buat masa ini, kami belum mempunyai pekerja tetap, sebaliknya diuruskan sendiri saya dan isteri. Idea ini tercetus untuk memberi peluang kepada ahli kelab peminat mendapatkan pendapatan sampingan.

“Di samping menyokong kerjaya seni saya, mereka juga mendapat insentif menerusi perniagaan ini. Jangan salah faham, saya bukan ambil kesempatan, sebaliknya memberikan mereka platform untuk menambah pendapatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");