Panasnya Hari Ini

Ambil Iktibar Kekalahan

PORT DICKSON: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih membawa mesej jelas supaya isu rakyat perlu diberi keutamaan.

Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata gabungan itu harus mengambil iktibar sekali gus duduk bersama untuk membetulkan apa yang perlu.

“Ini mesej untuk kita bersama, untuk mendengar apakah isu yang perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam tidak kira di PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU).

“Dengan adanya sistem demokrasi ini, kita ada pilihan dan dengan ini sekurang-kurangnya rakyat tahu kita cuba sedaya upaya.

“Tetapi kalau rakyat sudah buat pilihan, kita terima,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 Parlimen Port Dickson di PD Waterfront di sini, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Sementara itu, Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditanya sama ada kekalahan itu disebabkan aura Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tiada, beliau berkata tafsiran begitu tidak sesuai.

“Cameron Highlands bukan kerusi PH dan majoriti pengundi kita terima. Di Semenyih pula beri gambaran ada beberapa masalah belum selesai.

“Tetapi kalau kita kata semua kalah itu tidak betul sebab Port Dickson kita menang,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pihaknya menghormati keputusan hasil proses demokrasi yang dibuat oleh rakyat.

Katanya, kekalahan itu menggambarkan mengenai perasaan rakyat, terutama sentimen yang disuarakan oleh masyarakat Melayu.

“Tetapi kita harus teruskan tugas dengan baik dan saya yakin jika diberikan sedikit masa, rakyat akan faham mengapa kita ambil langkah keterbatasan dalam beberapa perkara.

“Kita juga harus ingat bahawa sementara corak pengundi penting untuk diteliti, tetapi saya berpendapat Malaysia harus kekal dengan semangat Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");