Perak Hari Ini

Hospital Taiping Cari Waris Mayat Tidak Dituntut

IPOH: Hospital Taiping mencari waris kepada seorang mayat lelaki yang tidak dituntut di Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan yang meninggal dunia pada awal bulan ini.

Pengarah Hospital Taiping Dr Narimah Yusof berkata, mayat lelaki yang tidak dituntut itu ialah Veloo Subramaniam, 61 dan beralamat di Taman Nesa, Sungai Terap dekat Selama.

Katanya lelaki tersebut telah meninggal dunia pada 9.26 pagi 8 Mac 2019.

“Waris mangsa boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Taiping di talian 05-820 4000/ 4247 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");