Perak Hari Ini

Kerjasama Bersama NCIA Untuk Perhebat Projek Paip Gas

TANJUNG MALIM- Melalui kerjasama antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), projek rangkaian paip gas di Perak oleh Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) telah dipersiap dan akan ditambahbaik dengan pembangunan infra di daerah yang terlibat.

Menteri Besar, Datuk seri Ahmad Faizal Azumu berkata, permintaan dari daerah Mualim akan diberi perhatian selain daripada perindustrian berat yang merupakan salah satu perkara yang amat diperlukan oleh para pelabur.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bersama NCIA telah dijalankan dan mendapatkan bantuan dari NCIA untuk diperhebatkan bersama Invest Perak supaya boleh menarik lebih banyak pelabur ke negeri Perak.

“Projek sebegini mampu memberi manfaat kepada ratusan kilang-kilang dan perusahaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa melancarkan Projek Perumahan Mampu Milik di Taman Malim Putra, Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Dalam pada itu tambah beliau, masalah jalur lebar bukan sahaja masalah yang dihadapi oleh penduduk di Daerah Mualim tetapi di kebanyakkan daerah di seluruh negeri Perak.

“Saya mendapati, Hasnul selaku Exco Komunikasi, Multimedia Dan Ngo, masih berusaha dengan gigih untuk memperhebatkan perkhidmatan jalur lebar di seluruh negeri dan dengan penstrukturan baru oleh KPerak Corp.

“Saya yakin dengan usaha tersebut dan kita akan dapat mencapai capaian internet yang baik diseluruh negeri ini, dan seboleh-bolehnya dalam tahun ini juga,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");