Sukan Hari Ini

JDT II Hilang Momentum

JOHOR BAHRU- Gagal mengekalkan momentum permainan tatkala saingan liga bersambung selepas berehat panjang merupakan punca utama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) hilang tiga mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Sarawak pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Ia diakui pengendali JDT II, Ervin Boban yang tampak pasrah dengan keputusan seri walaupun pada awalnya sasaran memburu kemenangan untuk terus kekal di tangga teratas liga namun hajat itu disekat skuad bimbingan pengendali sementara, Mohamad Denny Da’ail.

“Kami bagaikan hilang rentak permainan.

Ini yang kami jangkan kerana rehat yang agak penjang menyebabkan pemain seolah-olah tidak mampu beraksi dengan baik dan saya perlu bekerja keras untuk pastikan pemain kembali menemui rentak.

“Apapun saya tidak mahu menyalahkan pemain 100 peratus kerana mereka sudah beri yang terbaik dalam perlawanan malah faktor pertukaran gelanggang dari Pasir Gudang ke Larkin agak menganggu emosi pemain yang mungkin agak terkejut.

“Satu mata pun cukup berbaloi kerana dalam permainan bola sepak anda tidak boleh terlalu bergantung pemain akan beraksi cemerlang.

Mungkin ada hari yang kurang baik buat pemain dan gagal menyerlah apabila beraksi malah saya tidak nafikan kami bergelut dalam perlawanan itu,” katanya.

Apapun Boban optimis barisan pemainnya bakal bangkit untuk aksi seterusnya dan tidak berputus asa memandangkan saingan liga masih panjang dan tidak boleh bersikap negatif sebaliknya sentiasa berada dalam keadaan positif untuk beri lebih keyakinan buat setiap pemain.

Ditanya tindakan penjaga gol, Haziq Nadzli walaupun beraksi cemerlang namun hanya sedikit kesilapan menjatuhkan kapten Bobby Gonzales di dalam kotak penalti menyebabkan Sarawak bangkit menyamakan jaringan menerusi jaringan Hudson Dias, pengendali Croatia itu enggan menyalahkan penjaga gol B-23 tahun negara.

Sebaliknya menegaskan dalam permainan bola sepak setiap pemain akan melakukan kesilapan dan ia lumrah malah tidak semua pemain begitu sempurna ketika beraksi dan sebagai jurulatih beliau tidak melihat kesalahan sebagai punca kegagalan lapor HMetro.

“Saya tidak gemar menyalahkan mana-mana pemain jika kita gagal malah saya juga pernah melakukan kesilapan ketika karier sebagai pemain.

Apa yang diutamakan bagaimana untuk meningkatkan kualiti permainan dan terus mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");