Berita Hari Ini

Kerajaan Komited Laksana Akta Kawalan Tembakau Lebih Tegas

MELAKA: Kementerian Kesihatan komited dalam memastikan Akta Kawalan Tembakau dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi menjadikan semua tempat awam sebagai kawasan larangan merokok dan mewujudkan lokasi khusus bagi perokok.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata usaha yang dibuat kementerian itu bukan untuk ‘menghukum’ perokok, tetapi bagi melindungi masyarakat, khususnya wanita hamil dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa asap rokok.

Beliau berkata, pihaknya yakin usaha itu mampu dilaksanakan walaupun percaya bukanlah suatu tugas mudah melakukan perubahan atau penambahbaikan, khususnya kepada perokok.

“Diharapkan suatu hari nanti kita turut mempunyai peruntukan undang-undang yang melarang merokok di kawasan terpencil, tanpa mengira lokasi bagi kesalahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Anugerah Program ‘Revolution Smoke Free’ Melaka di Hatten Place, di sini, pada Sabtu, sebagaimana dilaporkan BH Onliine.

Yang hadir sama, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Cher Leong; Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Roslizawati Ali dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rushidi Ramly.

Pada majlis itu, sebanyak 14 hotel di negeri ini turut menerima pensijilan Revolution Smoke Free Workplace yang disampaikan oleh Dr Dzulkefly.

Dr Dzulkefly berkata, asap tembakau mempunyai ribuan bahan kimia termasuk yang diketahui mengakibatkan kanser, penyakit jantung, paru-paru dan masalah kesihatan serius lain.

“Undang-undang serta dasar yang lebih ketat perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk melindungi sepenuhnya masyarakat daripada pencemaran asap tembakau.

“Kita tidak boleh melakukannya sendirian. Sebaliknya, saya menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan lain dan sektor swasta untuk menyokong usaha kementerian bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");