Panasnya Hari Ini

Kerjasama Rasmi UMNO-Pas Diramal Terlerai Menjelang PRU-15

SINTOK –  Kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas diramalkan tidak kekal lama dan dijangka terlerai menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau menjangkakan kedua-dua parti itu akan berhadapan masalah ketika pengagihan kerusi.

Menurut beliau, dasar pembentukan kerjasama itu juga dibuat bukanlah berlandaskan perjuangan sebaliknya untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) dan disebabkan terpalit isu penyaluran dana UMNO kepada Pas.

“Saya melihat kerjasama ini satu tindakan terdesak UMNO dan Pas serta bukan dibuat untuk kebaikan negara. Kalau atas teras perjuangan mengapakah ia tidak dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU),” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selepas menghadiri program Bual Bicara Politik Semasa dan Masa Depan Negara di Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Wan Saiful diminta mengulas kerjasama antara UMNO dan Pas secara rasmi bagi tujuan penyatuan ummah.

Mengulas lanjut Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) seterusnya berkata, beliau menjangkakan beberapa buah negeri yang majoriti Melayu akan bermasalah memetik laporan Utusan Online.

“Saya melihat bagaimana Pas terpaksa melepaskan kerusi kepada UMNO di Terengganu, contohnya dan begitu juga melibatkan kerusi-kerusi UMNO,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");