Berita Hari Ini

Melaka Sentral Guna CTS Sepenuhnya April Ini

MELAKA- Kurang sebulan saja lagi tempoh percubaan sistem tiket berpusat (CTS) di terminal bas ekspres Melaka Sentral sebelum pelaksanaan sepenuhnya 1 April ini.

Tempoh itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab selepas Melaka Sentral memperkenalkan CTS dan operasi terminal (TOS) awal bulan ini, menjadikan terminal itu yang kelima di negara ini melaksanakan sistem terbabit.

Beliau berkata, antara langkah diambil syarikat pengendali terminal iaitu Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) termasuk menambah bilangan kaunter jualan tiket manual dari lapan kepada 10 dan meningkatkan jumlah mesin jualan layan diri (vending machine) dari 10 kepada 20 unit dalam tempoh kurang sebulan ini.

MSSB mengambil kira rungutan penumpang yang terpaksa beratur panjang, tiada kaunter khas untuk warga emas atau orang kurang upaya (OKU). Semua masalah ini akan diperbaiki.

“Selain itu, MSSB juga akan menaik taraf kemudahan tempat duduk di ruangan menunggu daripada 100 kepada 350 kerusi, mewujudkan pagar keselamatan luar terminal serta menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan penumpang tidak jemu menunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi pelaksanaan CTS dan TOS di Melaka Sentral selepas enam hari pelaksanaannya hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan 1 Mac 2019 pelaksanaan sistem terbabit di terminal bas itu sebagai usaha menjadikan Melaka Sentral salah satu terminal bas yang dilengkapi kemudahan terkini, bersesuaian dengan imej negeri pelancongan.

Mohd Sofi berkata, kira-kira 3,000 penumpang menggunakan terminal itu setiap hari dan jumlah itu meningkat 4,500 orang pada waktu puncak iaitu hujung minggu atau cuti sekolah memetik laporan HMetro.

“Sepanjang beberapa hari ini, pasti berlaku kekeliruan khususnya kepada penumpang untuk mendapatkan tiket malah pemandu bas juga menghadapi masalah di mana mereka akan dibenarkan masuk ke terminal menerusi mana-mana platform kosong, tidak seperti sebelum ini platform mereka sudah ditetapkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");