Panasnya Hari Ini

Kerjasama UMNO-PAS Formula Kemenangan Calon BN, Kata Mohamad

KAJANG: Barisan Nasional (BN) menyifatkan kerjasama parti itu dengan PAS sebagai ‘bekalan selesa’ yang menyaksikan kemenangan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Pengerusi BN yang turut menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata resipi kemenangan itu pasti diteruskan pada PRK akan datang, termasuk di DUN Rantau.

Beliau berkata, kerjasama antara BN, khususnya UMNO dengan PAS kini menjadi suara pembangkang yang lebih kukuh di DUN mahupun Parlimen.

“Kerjasama ini akan dipupuk dan kita pastikan politik tanah air menjadi politik baharu atas kerjasama dua parti politik Melayu yang besar ini, sekali gus membawa suara rakyat dalam DUN dan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama itu turut memberi faedah kepada kedua-dua parti, khususnya atas kepentingan Melayu dan Islam.

Beliau juga menyifatkan kemenangan BN sebagai satu ‘referendum’ rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

“Jangan risau, walaupun kami tidak banyak (kerusi di DUN), kita akan mengamalkan politik matang, mana yang baik kita akan sokong,” katanya.

Ditanya faktor lain kemenangan BN pada PRK kali ini, Mohamad berkata, personaliti calon juga memainkan peranan.

“Yang penting, kita pilih calon terbaik yang membawa suara rakyat. Beliau ternyata calon popular di kawasan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");