Jenayah

Kes Hina Nabi, Islam: ARMADA Pahang Buat Laporan Polis

TEMERLOH: Lagi laporan polis dibuat terhadap pihak yang menggunakan platform media sosial untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Terbaru hari ini, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pahang mengambil tindakan sama dan mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Ketuanya, Muhamad Iqmal Nizam Mohd Taufik, berkata perbuatan itu dilihat semakin menular dalam media sosial dan perlu dihentikan segera sebelum tercetus perkara tidak diingini.

“Perbuatan seperti ini kalau dibiarkan boleh mengguris hati umat Islam di negara ini. Paling kita bimbang, tindakan pihak tertentu yang terus mencetuskan provokasi boleh mencetus ketegangan agama.

“Saya melihat perkara ini sebagai usaha terancang dan sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang seolah-olah cuba mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, di sini, lapor BH Online.

Laporan polis dibuat beliau bersama 15 Ahli Jawatankuasa ARMADA negeri terhadap dua pemilik akaun Facebook, Danny A’antonia Jr dan Galuh Alrizky Setiawan serta pemilik akaun Twitter, Alvin Chow.

Muhamad Iqmal Nizam berkata, perbuatan ketiga-tiga individu terbabit sangat tidak boleh diterima, keterlaluan dan jelas bercanggah dengan semangat perpaduan antara kaum yang diamalkan di negara ini sejak sekian lama.

“Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan fahaman agama, perlu menghormati kepercayaan masing-masing. Jangan ada pihak cuba mencetuskan perasaan tidak puas hati antara satu kaum dengan kaum lain.

“Kami harap siasatan dan tindakan undang-undang yang tegas serta telus diambil segera terhadap pemilik akaun berkenaan kerana mereka secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");