Sukan Hari Ini

Latif Akan Jalani Latihan Di Bawah Seliaan Philips

JAGUH lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly, akan mengikuti jejak pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Jonathan Nyepa, untuk dihantar berlatih ke Atlanta, Amerika Syarikat (AS), bulan depan.

Menurut laporan Stadium Astro, ia merupakan peluang berharga buat Latif yang sudah lama menyimpan impian untuk berlatih di AS, apatah lagi di bawah bimbingan bekas juara dunia empat kali, Dwight Philips, yang turut meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens 2004.

Latif akan berkampung selama lima minggu di sana dengan seorang lagi atlet para negara, Siti Radiah Ismail.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu perlu menimba pengalaman sebaik-baiknya dengan Philips untuk memanfaatkan tempoh singkat itu sebelum pulang ke tanah air.

“Ia perancangan yang sudah lama dirancang jurulatih.

“Alhamdulillah, perkara itu telah diluluskan.

“Saya amat gembira dan teruja untuk ke AS.

“Saya mahu mempelajari banyak perkara baru dan memperbaiki teknik lompatan saya,” katanya.

Latif masih belum menyertai sebarang kejohanan tahun ini ekoran kecederaan lutut kanan yang dialaminya.

Dia perlu memastikan kecergasannya di tahap terbaik sebelum ke AS.

“Perasaan janggal itu pasti ada dan saya pasti akan bergelut untuk mencari rentak dalam kejohanan pertama yang disertai nanti.

“Perkara itu pasti dapat diselesaikan dalam kejohanan yang seterusnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");