Sukan Hari Ini

LTdL 2019: Laluan Sukar Di Setiap Stage Buat Pelumba

Peminat siri jelajah berbasikal antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 bakal menyaksikan pertarungan yang lebih menarik berikutan laluan yang dipilih penganjur kali ini bakal mencabar pelumba dalam pelbagai aspek.

Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa berkata, setiap laluan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan akan menyukarkan peminat sukan berkenaan membuat ramalan siapakah bakal juara LTdL 2019.

“Kali ini, bukan sahaja laluan sukar di Genting Highland malahan laluan di Langkawi juga menjanjikan cabaran-cabaran tertentu.

“Untuk stage ke 7 dan 8 juga bakal menyaksikan satu pertarungan sengit dikalangan pelumba.

“Kalau sebelum ini, pelumba yang menang untuk laluan Genting Highland mempunyai kemungkinan besar akan menjadi juara keseluruhan LTdL,” katanya kepada Peraktoday, hari ini.

Jelas beliau lagi, laluan yang dipilih itu dalam masa yang sama diharap dapat menarik lebih banyak penyertaan di masa akan datang.

Selain itu katanya, dari segi persiapan menjelang hari perlumbaan hanya berbaki 10 peratus sahaja lagi dimana ia hanyalah melibatkan aspek-aspek pengurusan.

“Semua aspek yang penting kita telah selesaikan cuma tinggal hanya 10 peratus sahaja lagi persediaan yang perlu kita selesaikan, itu pun dalam aspek susunan tempat tinggal atau hotel, logistik.

“Hanya perincian kecil sahaja, tiada masalah besar yang berbangkit dan kita harap ia akan berjalan lancar sehingga 6 April ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");