Sukan Hari Ini

“Lupakan Liverpool, Ayuh Takluk Bundesliga”

PENGENDALI Bayern Munich Niko Kovac menggesa pasukannya melupakan kekecewaan Liga Juara-Juara ketika menentang Mainz awal pagi esok supaya terus kekal dalam perburuan gelaran Bundesliga.

Bayern mula melupakan penyingkiran Liga Juara-Juara Khamis lalu apabila skuad Liverpool kendalian Juergen Klopp meraih kemenangan 3-1 di Allianz Arena untuk menyingkirkan pasukan Bavaria itu dengan agregat yang sama.

Ini kali pertama dalam tempoh tujuh musim Bayern gagal layak ke suku akhir di Eropah.

Keutamaan mereka kini adalah menjuarai liga buat kali ketujuh berturut-turut juga Piala Jerman dengan aksi suku akhir berdepan kelab divisyen kedua Heidenheim pada 3 April.

“Kami mahu menang baki dua kejohanan,” kata Kovac yang berharap Bayern mengubah kekecewaan kepada kemenangan bermula dengan Mainz di laman sendiri, lapor Harian Metro.

Kovac berdepan kritikan daripada media Jerman sejak kekalahan kepada Liverpool, sebahagiannya dimarakkan oleh penyerang Robert Lewandowski dan pertahanan Mats Hummels yang mengadu Bayern bermain terlalu defensif.

“Tiada apa yang negatif, jika Lewy berpendapat demikian, tidak mengapa, ia tidak menyinggung saya,” kata Kovac.

“Pendekatannya sama seperti ketika berdepan Gladbach dan Wolfsburg, apabila kami menjaringkan 11 gol (ketika menang 5-1 dan 6-0).

“Statistik menunjukkan kami mempunyai lebih banyak penguasaan (berbanding Liverpool) namun kami gagal memanfaatkanya kerana lawan lebih baik secara keseluruhan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");