Mujahid berkata, kerjasama Pas-UMNO lebih kepada kerjasama politik yang jelas tiada kena mengena dengan ekstrimisme agama.

“Saya pun dengar begitu dan saya tidak bersetuju. Ia dua benda berbeza. Apa yang berlaku di Malaysia ni adalah politik.

“Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan itu pastinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE