Berita Hari Ini

Penutupan Laluan Secara Berkala Di Lebuh Raya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR: Penutupan laluan secara berkala akan dilaksanakan di Kilometer 298.8 Lebuh Raya Utara-Selatan untuk kerja merentang kabel voltan tinggi, hari ini.

Tenaga Nasional Berhad melalui Facebook rasmi @TNBCareline, memaklumkan penutupan laluan dan lencongan trafik itu bermula jam 12.00 tengah malam.

Katanya, laluan terbabit dijangka dibuka kembali kepada orang awam pada jam 5.00 pagi ini sebelum waktu puncak bagi mengurangkan ketidakselesaan pada pengguna lebuh raya.

“Pihak Tenaga Nasional memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

“Kerjasama dan keprihatinan semua adalah dihargai kerana tindakan ini perlu diambil demi memperkukuhkan sistem Grid Nasional di Lembah Klang,” katanya.

Susulan itu, pengguna dinasihat menggunakan laluan alternatif, iaitu Tol Kajang dan Tol Bangi, sepanjang tempoh kerja berkenaan dilaksanakan lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");