Panasnya Hari Ini

PH, BN Masih Raih Undi, SPR Arah Henti Serta-Merta

SEMENYIH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan penguatkuasa untuk menghentikan aktiviti meraih undi oleh jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta-merta.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun menegaskan, aktiviti itu menyalahi undang-undang pilihan raya dan ia tidak sewajarnya dilakukan dalam kawasan 50 meter dari pusat mengundi.

“Saya difahamkan terdapat peraih-peraih undi yang meminta pengundi untuk mengundi mereka.

“Kita telah arahkan pihak penguatkuasa untuk memberitahu mereka supaya menghentikan aktiviti tersebut serta merta,” katanya ditemui ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden meraih undi yang dilakukan oleh kedua-dua jentera parti berkenaan di sekolah yang dilawati SPR itu dan beberapa pusat daerah mengundi lain.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekolah terbabit mendapati ada petugas media didekati oleh jentera BN dan PH agar mengundi mereka di hadapan sekolah terbabit.

Lebih malang apabila kedua-dua parti tersebut membawa bendera dan memakai baju tertera logo dan nama parti masing-masing.

Azhar juga berkata, pihaknya juga menerima laporan bahawa wujudnya pondok atau barung panas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kali ini.

Beliau menegaskan tindakan itu juga menyalahi undang-undang pilihan raya dan pihaknya sudah mengarahkan aktiviti tersebut dihentikan serta-merta.

“Pondok atau barung panas sebenarnya tidak dibenarkan di mana-mana sahaja, bukan sahaja dalam kawasan 50 meter tetapi di mana-mana sahaja.

“Tapi kalau ada pondok rehat, itu kita benarkan di luar kawasan 50 meter, tapi pondok itu tidak boleh dibuat apa-apa aktiviti meraih undi ataupun berkempen.

“Itu pondok rehat boleh jadi untuk petugas-petugas makan dan minum kerana berehat.

“Aktiviti parti sama sekali tidak boleh di pondok rehat. Kita ada terima laporan barung tapi sudah diberhentikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");