Sukan Hari Ini

Ronaldo Jalani Pemeriksaan di Turin

MILAN: Cristiano Ronaldo akan menjalani pemeriksaan lanjut, esok dengan dia bergelut untuk kembali cergas sebelum Juventus menentang Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan paha ketika beraksi bersama Portugal yang seri 1-1 dengan Serbia dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Juventus berkata ujian awal yang dilakukan di Portugal menunjukkan Ronaldo tidak mengalami kecederaan serius dengan aksi bertemu Ajax dijadual berlangsung pada 10 April ini.

Ronaldo berlepas ke Barcelona atas urusan perniagaan, semalam dan bukan untuk mendapat rawatan dengan dia selepas itu memuat naik gambarnya di media sosial.

Media Itali melaporkan pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu kembali ke Turin menaiki jet peribadi dengan pemeriksaan bersama pasukan perubatan Juventus akan diadakan hari ini.

Bagaimanapun, Ronaldo dijangka terlepas tiga perlawanan Serie A bermula dengan aksi menentang Empoli pada Sabtu ini, Cagliari pada 2 April dan AC Milan empat hari kemudian.

“Saya tidak bimbang. Saya tahu keadaan tubuh badan saya,” kata Ronaldo kepada pemberita selepas aksi bertemu Serbia.

“Saya percaya selepas dua minggu saya akan kembali pulih sepenuhnya.”

Barisan pemain Juventus yang beraksi dalam saingan antarabangsa dijangka kembali menjalani latihan esok dengan kelab itu kini memburu gelaran liga kelapan berturut-turut.

Juventus ketika ini mendahului Napoli dengan kelebihan 15 mata biarpun tewas 2-0 di tangan Genoa dalam aksi terakhir sebelum rehat antarabangsa dengan Ronaldo direhatkan buat kali pertama musim ini. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");