Membawang Hari Ini

Saya Tak Aniaya Stokis – Fattah Amin

PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin terkilan apabila dikaitkan dengan tuduhan menganiaya stokis produk makanan kesihatan yang diusahakannya hingga menyebabkan mereka kerugian besar.

Fattah bagaimanapun, mengakui berlaku masalah dalaman yang mengakibatkan rangka promosi produk yang dikeluarkan di bawah syarikat MRP International Sdn Bhd itu tidak dapat dilakukan.

“Saya tidak dapat berkongsi masalah itu, namun saya tidak menganiaya stokis yang terbabit, apatah lagi kebanyakan mereka ialah peminat. Saya rasa sangat bersalah apabila isu ini timbul.

“Apabila mendapat tahu perkara ini akhir tahun lalu, saya cuba menghubungi rakan kongsi bagi mendapatkan penjelasan dan mahu meneliti akaun syarikat.

“Tetapi, dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Saya membuat penjelasan ini bagi memperbetulkan keadaan apabila stokis mula meninggalkan komen di laman sosial dan menuduh saya tidak mengembalikan wang mereka,” katanya.

Fattah berkata demikian pada sidang media khas di Universal Music Malaysia bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Isu itu mula diperkatakan apabila e-mel kiriman individu dipercayai ejen MRP mendakwa, produk itu tidak dapat dijual kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikannya.

Pengirim e-mel itu juga mendakwa, mereka sudah berusaha mendapatkan semula baki wang, namun tidak mendapat maklum balas.

Pelakon filem Mat Kilau itu menerusi peguamnya, Azaine & Fakhrul Advicates & Solicitors berkata, notis sudah dihantar kepada rakan kongsinya pada 13 Februari lalu supaya dia dibenarkan mengakses penyata kewangan syarikat dan menjalankan audit lebih terperinci.

“Permintaan saya itu bagaimanapun, tidak menerima maklum balas. Selepas dinasihatkan peguam, saya membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 8 Mac lalu kerana bimbang isu yang tercetus itu mencalar nama baik.

“Saya perlu membuat penjelasan kepada stokis MRP bahawa saya tidak menipu atau bersekongkol dengan sesiapa untuk menganiaya mereka.

“Ia usaha saya sendiri bagi menyelesaikan masalah yang sedikit sebanyak mencalar nama baik saya,” katanya.

Syarikat MRP International Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan kesihatan, MRP Sup DIET & Berrytox.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");