Sukan Hari Ini

Selepas 6 Tahun: LTdL Kembalikan Laluan Genting Highlands

Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019 bakal membuka tirai tak lama lagi. Tapi banyak betul isu menjelang perlumbaan bertaraf dunia tu dianjurkan.

Disebabkan penganjuran LTdL 2019 menggunakan sistem ‘open tender’ maka sudah pasti ada pihak yang menang dan kalah.

Human Voyage selaku syarikat yang menang bid dalam ‘open tender’ untuk penganjuran LTdL kali ini dapat kecaman pihak yang kalah.

Apa yang nak dikecam lagi, Human Voyage dah buktikan bahawa syarikat tu layak menganjur LTdL 2019.

Selepas 6 tahun siri LTdL gagal memberi cabaran hebat kepada pelumba, kali ini Human Voyage berjaya mendapatkan laluan Genting Highland.

Laluan Genting Highland ni sebenarnya memang dambaan para pelumba sebab ia lebih sukar dan mencabar.

Bayangkan, kali terakhir LTdL mendapat laluan Genting Highland adalah pada 2013 dan selepas itu mana-mana penganjur gagal ‘nego’ dengan pihak Genting untuk dapat kebenaran menggunakan laluan tu.

Dengan peruntukan yang rendah, Human Voyage berjaya memberi cabaran yang menarik kepada pelumba LTdL dan ia sudah tentu bakal menarik lebih ramai pelumba antarabangsa di masa akan datang.

Sekarang tinggal lagi 15 hari sahaja lagi LTdL bakal berlangsung. Cukup-cukuplah nak hentam penganjur, lebih baik fokus untuk memartabatkan sukan berbasikal.

Sepatutnya sukan ni menyatukan rakyat Malaysia, tapi tak kan lah sebab kalah bid tender, hilang terus semangat kesukanan.

Apa-apa pun jom kita ramai-ramai sokong LTdL 2019.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");