Sukan Hari Ini

‘Mimpi Indah Sudah Berakhir’

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan terus dibuai mimpi indah susulan kejayaan muncul naib juara Seluruh England, 10 Mac lalu.

Sebaliknya, pasangan muda negara itu mengakui berdepan tugasan lebih mencabar menjelang saingan Terbuka Malaysia yang bakal bermula 2 hingga 7 April ini.

Selain undian yang dianggap tidak memihak kepada mereka, Aaron-Wooi Yik pastinya terdesak untuk menghasilkan keputusan terbaik apabila beraksi di hadapan penyokong tempatan.

Pasangan ranking ke-15 dunia itu akan membuka tirai saingan menentang beregu England, Marcus Ellis- Chris Langridge dan dijangka bertemu pilihan keempat yang juga naib juara tahun lalu Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe jika layak ke pusingan kedua.

Endo-Watanabe akan memulakan kempen menentang rakan senegara, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

“Kami harap boleh teruskan momentum dan tahap keyakinan kami. Kalau melihat undian, ia sukar kerana kami mungkin bertemu Endo-Watanabe di pusingan kedua.

“Cabaran akan menjadi lebih mencabar jika mara ke pusingan seterusnya. Secara peribadi kami meletakkan sasaran untuk melangkah ke separuh akhir tetapi apa pun kami perlu fokus satu demi satu perlawanan,” kata Aaron.

Aaron-Wooi Yik mencetuskan sensasi apabila melakar kejutan mara ke final Seluruh England dalam penampilan pertama mereka pada kejohanan berprestij itu sebelum tewas di tangan bekas juara dunia, Mohamad Ahsa-Hendra Setiawan lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");