Berita Hari Ini

Siti Hasmah Ketuai Delegasi Kasih Kunjungi Agensi Pengurusan Bencana

Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) diketuai isteri Perdana Menteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Putrajaya.

Menurut Nadma dalam kenyataan, kehadiran delegasi yang turut disertai 13 exco Kasih Malaysia itu disambut Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan Ketua Pengarah Nadma Mohtar Ab Rahman.

Kasih Malaysia telah menetapkan pengurusan bencana sebagai satu daripada lapan portfolio yang diwujudkan pertubuhan itu, katanya.

Menurut agensi itu, Nadma dan Kasih Malaysia mempunyai potensi dan peluang yang besar untuk bekerjasama dalam pengurusan bantuan semasa bencana.

“Portfolio (Kasih Malaysia) ini adalah asas kukuh untuk Nadma dan Kasih Malaysia merangka dan melaksanakan kerjasama di bidang pengurusan bencana,” kata Nadma.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");