Membawang Hari Ini

‘Sukar Nak Cari Yang Setia Sepertinya’ – Azira

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya walaupun mereka sudah memutuskan untuk berpisah awal tahun ini.

Azira, 28, yang juga anggota De Fam mengakui, rasa sakit akibat perpisahan masih ada tetapi dia bersyukur ketentuan itu tidak menjejaskan hubungan persahabatan mereka.

“Walaupun sudah putus cinta, saya gembira apabila kami dapat teruskan hubungan sebagai kawan. Lagipun selama enam tahun bersama, saya sangat mengenalinya kerana dia memang seorang insan yang baik.

“Memang sukar untuk saya mencari seorang yang setia sepertinya. Kalau ada jodoh untuk kami suatu hari nanti, saya terima. Apapun, kini fokus saya adalah untuk kerjaya seni semata-mata. Saya tidak mahu perkara lain termasuklah perpisahan itu menjadi penghalang untuk mengejar setiap impian saya,” katanya.

Azira mengumumkan dia sudah berpisah dengan jejaka yang dikenali sebagai Yasser itu pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Azira juga sibuk dengan persiapan untuk membuat ‘comeback’ bersama De Fam.

Katanya, ramai mula memandang sepi dan mempersoalkan kehilangan kumpulan itu namun mereka berazam tampil dengan single baru lapor HMetro.

“Sebenarnya, kami sudah menghasilkan beberapa lagu sebelum ini. Bagaimanapun, pelancaran lagu itu terbantut disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan antara penerbit di luar negara dan pengurusan di sini.

“Apapun, kami berjanji akan kembali menebus perkara itu dengan single baru lepas Aidilfitri nanti. Kami akan pastikan lagu itu akan mengatasi sambutan luar biasa seperti #Supergirls sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");