Berita Hari Ini

Tiada Pawagam Di Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini memutuskan tidak akan membuka pawagam di negeri itu dalam usaha mengekang masalah sosial.

Memetik lapoan BH Online, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata keputusan itu dibuat menerusi majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi membincangkan isu berkenaan secara terperinci.

“Hari ini majlis mesyuarat Kelantan berbincang dengan terperinci mengenai masalah pawagam. Kita tiada pawagam selama 30 tahun dan ia tiada masalah kerana banyak sumber jika mahu tengok cerita.

“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pawagam, namun jika kita buka ruang, penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat juga akan berdepan masalah dan perkara itu perlu diambil kira.

“Pada masa sama, kita juga boleh kawal dalam pawagam, namun ketika anak-anak keluar dan pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam akan mengundang banyak masalah gejala sosial.

“Sedangkan tahun ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meletakkan fokus untuk mengurangkan gejala sosial menyebabkan kita memutuskan tiada pawagam di seluruh Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mencadangkan kerajaan negeri membenarkan pembukaan pawagam patuh syariah di negeri ini selepas operasinya dihentikan kira-kira 20 tahun lalu.

Katanya, setiap hujung minggu, ramai rakyat negeri ini ke Terengganu semata-mata untuk menonton wayang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");