Berita Hari Ini

Tindakan Tegas Elak Tragedi Sungai Kim Kim Berulang

SHAH ALAM: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu tidak bertanggungjawab yang didapati membuang sisa industri ke Sungai Klang di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad bagaimanapun enggan menyatakan secara spesifik sama ada pihaknya sudah mengenal pasti pelaku berkenaan.

“Tindakan tegas itu bagi mengelak kejadian pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Johor kembali berulang di Lembah Klang.

“Jika ada kes seumpama itu, tindakan tegas akan diambil. Kita tidak mahu kejadian sama berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Peringatan Polis ke-212 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Shah Alam, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Beliau mengulas video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman twitter Setiausaha Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Pulau Pinang, Mathis Sarawanan berkaitan pencemaran di Sungai Klang terbabit

Video itu setakat ini ditonton lebih 21,000 pengguna.

Menerusi tweet itu, Mathis dipetik berkata, beliau menerima video berkenaan daripada rakannya di Kuala Lumpur.

“Cuba lihat bagaimana sisa buangan mengalir terus ke dalam sungai kita. YB @teresakok / YB @KhalidSamad sila ambil tindakan sepatutnya berkenaan ini secepat mungkin. Kita tidak boleh membiarkan kejadian seperti di Pasir Gudang berulang lagi,” katanya.

Beliau turut memuat naik sebuah video berdurasi 24 saat dan sekeping gambar beberapa jam kemudian yang memaparkan perubahan sungai berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");